Friday 1 April 2011

Segala-galanya...untuk aku!

HARI ini aku cuti. Cuti lagi. Memang syok cuti hari-hari. Aku rasa macam otak aku ni mengecut sebab makin lama makin jarang menelaah buku. OK, itu bukan benda yang aku nak cerita dalam post aku. Aku nak senaraikan persepsi-persepsi aku sepanjang aku bergelar sebagai seorang pelajar perubatan di Moscow. Secara dasarnya, belajar di negara orang bukanlah sekadar buku. Bagi aku, "there's more to lectures, class notes and textbooks in the life as a medical student". Hidup di Universiti/Akademi/Kolej umpama pelantar untuk menganjakkan diri ke dunia sebenar yang jauh berbeza. Jadi, di sini aku senaraikan persepsi-persepsi aku bermula dari tahun pertama hingga tahun keenam.

TAHUN 1
Sampai di tanah Moscow - dunia baru. Waktu ini tak ada lagi pemahaman mendalam tentang kawan. Tahu nak seronok, nak sesuaikan diri dengan persekitaran, tempat belajar, waktu dan orang-orang di sekeliling kita (termasuklah kawan-kawan). Belajar meluaskan pandangan diri tentang orang lain.

TAHUN 2
Belajar merangkak. Pelajaran masih kabur-kabur, tapi dah mula nampak sikit-sikit sistem pembelajaran di sini. Maklumlah senior tak ramai macam sekarang..... Selain daripada itu, mula belajar berkawan dan mula belajar macam mana nak bagi good impression pada orang (dalam konteks ini kepada kawan, dan bukannya tradisi menjilat belakang orang lain). Kawan terbaik yang aku hargai sampai sekarang.

TAHUN 3
Belajar berdiri. Pelajaran masih lagi kabur, tapi tak seteruk tahun ke-2. Merasakan dah mula ada tanggungjawab nak membimbing yang lebih muda, dengan andaian tak nak bagi diorang merasakan kepayahan kita pernah lalui masa mula-mula sampai. Kemahiran bahasa dah mula ada. Pertama kali bertemu dengan konsep "buat hal sendiri lebih baik daripada pergi sibuk mencari ramai kawan".

TAHUN 4
Belajar berjalan. Dah tahu agak banyak tentang selok belok pelajaran, tapi tak pandai lagi nak aplikasikan. Dah tahu macam mana nak masak guna lebih dari 5 bahan mentah. Mula menghargai keindahan Moscow dan seni bina. Banyak buat introspection. Mata dah mula terbuka pasal kawan - tak semua kawan kita boleh percaya dan tolong. Dah tahu buat penilaian keburukan sikap manusia, terutama sekali sikap kawan-kawan terdekat.

TAHUN 5
Belajar berlari. Menyesal banyak benda-benda yang berfaedah boleh buat pada tahun-tahun sudah. Kawan rusia pertama. Dah tahu banyak pasal perangai orang rusia, tapi tak reti lagi nak aplikasikan. Dah boleh sesuaikan diri sepenuhnya dengan cuaca melampau sejuk Rusia. Belajar kepahitan tikaman 'kawan' sendiri. Dah tahu banyak sangat asam garam pasal berkawan, tapi tak serik-serik lagi nak main api. Pandai berbahasa rusia.

TAHUN 6
Waktu untuk mematangkan diri sepenuhnya sebelum menghadapi dunia sebenar tidak lama lagi. Pandai berbahasa, pandai menangani kerenah orang rusia. Merasakan bimbingan yang diberi bukan untuk dihargai oleh yang lebih muda - jadi buat apa tolong lebih-lebih. Belajar hakikat yang manusia sentiasa mempunyai niat tertentu bila dia/kita jadi sangat rapat dengan kita/dia. Usaha 1/3 Istiqamah 1/3 Tawakkal 1/3. Kematangan yang kita rasa mungkin hanya boleh difahami oleh orang yang dah makan sama banyak garam dengan kita. Belajar menerima kekurangan besar dalam diri dan menggunakannya untuk memperbaiki dan mara ke depan. Meletakkan diri sendiri dahulu sebelum kawan2.

When we look closer to the truth...do we actually see the truth,
or are we seeing what WE want to see? That's for you to think.


DAN yang terakhir :
Semua benda yang aku belajar sepanjang aku berada di sini (pelajaran dan hidup) akhirnya memberi erti buat aku. Umpama seluruh lukisan besar terpampang di atas mata aku....segala-galanya.

No comments:

Post a Comment