Saturday 7 May 2011

Sayings #1

A man loves his sweetheart the most, his wife the best, but his mother the longest.

"Syurga di bawah tapak kaki ibu"

Tuesday 12 April 2011

My thoughts #1

We always pursue for glory in what we believe in by indicting or vindicating, but would it be righteous if we see it only through our own eager eyes?
What defines good and evil? Right and wrong? Are we preserving, or are
we distorting our belief(s) and faith(s)?

Sunday 10 April 2011

Selesaikan bersama aku!

AHAD. Hari yang aku consider sebagai hari rehat. Aku rasa, tak semua sependapat dengan aku, lebih2 lagi yang terpaksa bekerja pada hari ini. Sepanjang minggu ni, banyak ujian yang menimpa pada diri aku. Benda2 ini pada mulanya memang buat aku nak meletup kepala, tapi lama kelamaan bila ujian tu telah selesai, aku dapat recover dan recuperate.

Di sini, aku rasa aku nak point-out 2 perkara yang penting dalam kehidupan sebagai pelajar perubatan di Rusia. Belajar perubatan kat luar negara, lebih2 lagi di negara di mana budaya luar tidak diasimilasikan dalam budaya mereka adalah satu cabaran. Cabaran bukan nak pass colloquium ataupun mendapatkan zachot, tapi macam mana nak menangani cabaran dengan atmosphere dan perangai orang mereka sekali.

Problem solving : Are we doing it right,
or are we just following our emotions to solve things?
Kalau korang ada masalah yang melibatkan orang lain di suatu premis di Rusia, ada 2 peraturan utama yang aku anggap gold standard:
1. Kalau masalah itu melibatkan sesama orang Malaysia, bincang dengan diorg dahulu masak2. Kalau tak selesai jugak, bincang dengan kawan2 atau member2 sekepala dengan korang.
2. Kalau kau kena selesaikan benda ini dengan orang Rusia, jadikan option ini sebagai last resort.

Jadi, kesimpulannya : Kalau korang ada masalah yang melibatkan orang Malaysia lain di sini, janganlah pergi terus jumpa bahagian pentadbiran/pengurusan yang dijawat oleh orang2 Rusia dan mengadu domba pada diorang. Aku mungkin tahu diorang (orang2 Malaysia) ada buat salah, tapi apa salahnya kalau korg berbincang dengan mereka ni dahulu. Mereka ni manusia, mereka buat salah, dan mereka nie berotak,berakal boleh mendengar nasihat dan boleh cuba memperbaiki keadaan itu. Memandangkan isu2 macam ini serius untuk diorang, diorang boleh bertolak ansur dengan cepat. Masalahnya kalau dah sampai pengetahuan orang Rusia, diorang akan mengambil kesempatan dan menyeksa hidup orang ini dulu. Lepas dah dapat "apa" yang mereka nak, baru diorang akan lepaskan kau. Jadi cubalah jadi seorang manusia yang ada kehidupan dan mampu bertolak ansur sesama orang kita di sini,ok? Janganlah pergi menghadap orang Rusia terus, diorang tak akan memudahkan lagi hidup korang si pengadu domba dan akan menyusahkan hidup kawan2 kau dan juga orang2 lain pada masa akan datang.

Friday 1 April 2011

Segala-galanya...untuk aku!

HARI ini aku cuti. Cuti lagi. Memang syok cuti hari-hari. Aku rasa macam otak aku ni mengecut sebab makin lama makin jarang menelaah buku. OK, itu bukan benda yang aku nak cerita dalam post aku. Aku nak senaraikan persepsi-persepsi aku sepanjang aku bergelar sebagai seorang pelajar perubatan di Moscow. Secara dasarnya, belajar di negara orang bukanlah sekadar buku. Bagi aku, "there's more to lectures, class notes and textbooks in the life as a medical student". Hidup di Universiti/Akademi/Kolej umpama pelantar untuk menganjakkan diri ke dunia sebenar yang jauh berbeza. Jadi, di sini aku senaraikan persepsi-persepsi aku bermula dari tahun pertama hingga tahun keenam.

TAHUN 1
Sampai di tanah Moscow - dunia baru. Waktu ini tak ada lagi pemahaman mendalam tentang kawan. Tahu nak seronok, nak sesuaikan diri dengan persekitaran, tempat belajar, waktu dan orang-orang di sekeliling kita (termasuklah kawan-kawan). Belajar meluaskan pandangan diri tentang orang lain.

TAHUN 2
Belajar merangkak. Pelajaran masih kabur-kabur, tapi dah mula nampak sikit-sikit sistem pembelajaran di sini. Maklumlah senior tak ramai macam sekarang..... Selain daripada itu, mula belajar berkawan dan mula belajar macam mana nak bagi good impression pada orang (dalam konteks ini kepada kawan, dan bukannya tradisi menjilat belakang orang lain). Kawan terbaik yang aku hargai sampai sekarang.

TAHUN 3
Belajar berdiri. Pelajaran masih lagi kabur, tapi tak seteruk tahun ke-2. Merasakan dah mula ada tanggungjawab nak membimbing yang lebih muda, dengan andaian tak nak bagi diorang merasakan kepayahan kita pernah lalui masa mula-mula sampai. Kemahiran bahasa dah mula ada. Pertama kali bertemu dengan konsep "buat hal sendiri lebih baik daripada pergi sibuk mencari ramai kawan".

TAHUN 4
Belajar berjalan. Dah tahu agak banyak tentang selok belok pelajaran, tapi tak pandai lagi nak aplikasikan. Dah tahu macam mana nak masak guna lebih dari 5 bahan mentah. Mula menghargai keindahan Moscow dan seni bina. Banyak buat introspection. Mata dah mula terbuka pasal kawan - tak semua kawan kita boleh percaya dan tolong. Dah tahu buat penilaian keburukan sikap manusia, terutama sekali sikap kawan-kawan terdekat.

TAHUN 5
Belajar berlari. Menyesal banyak benda-benda yang berfaedah boleh buat pada tahun-tahun sudah. Kawan rusia pertama. Dah tahu banyak pasal perangai orang rusia, tapi tak reti lagi nak aplikasikan. Dah boleh sesuaikan diri sepenuhnya dengan cuaca melampau sejuk Rusia. Belajar kepahitan tikaman 'kawan' sendiri. Dah tahu banyak sangat asam garam pasal berkawan, tapi tak serik-serik lagi nak main api. Pandai berbahasa rusia.

TAHUN 6
Waktu untuk mematangkan diri sepenuhnya sebelum menghadapi dunia sebenar tidak lama lagi. Pandai berbahasa, pandai menangani kerenah orang rusia. Merasakan bimbingan yang diberi bukan untuk dihargai oleh yang lebih muda - jadi buat apa tolong lebih-lebih. Belajar hakikat yang manusia sentiasa mempunyai niat tertentu bila dia/kita jadi sangat rapat dengan kita/dia. Usaha 1/3 Istiqamah 1/3 Tawakkal 1/3. Kematangan yang kita rasa mungkin hanya boleh difahami oleh orang yang dah makan sama banyak garam dengan kita. Belajar menerima kekurangan besar dalam diri dan menggunakannya untuk memperbaiki dan mara ke depan. Meletakkan diri sendiri dahulu sebelum kawan2.

When we look closer to the truth...do we actually see the truth,
or are we seeing what WE want to see? That's for you to think.


DAN yang terakhir :
Semua benda yang aku belajar sepanjang aku berada di sini (pelajaran dan hidup) akhirnya memberi erti buat aku. Umpama seluruh lukisan besar terpampang di atas mata aku....segala-galanya.

Saturday 26 March 2011

Itu bukan urusan aku!

Mula2, tenang.....
BANGUN PAGI. Tengok2 ke luar tingkap, badai salju kencang meniup. Cuaca sekarang sangat2lah unpredictable. Aku rasa, inilah musim sejuk terakhir aku yang paling panjang selama berada di atas tanah orang Rus.
Selepas beberapa minit

 Kebiasaanya, aku akan biarkan fikiran aku melayang kejap....teringat satu rangkap lagu yang berbunyi

"...dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku..."

Kadang2 aku rasa cuaca sejuk dengan ribut salji yang berpanjangan ni pun seolah2 memerli aku. Tapi tu semua mainan fikiran je.

Selepas beberapa minit jugak....cepat betul
dia pergi
Pagi ni aku minum teh aje. Milo aku tinggal Fuze Mocha, aku rasa elok aku simpan sampai dekat2 nak balik Malaysia baru habiskan semua sekali gus.

Kenapa aku letak gambar ni? Fikir2 kan lah...
DALAM banyak2 situasi manusia hadapi, kita akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri kita ataupun situasi itu (selagi akal membenarkan). Tapi kalau usaha ini melibatkan 2 pihak dan satu pihak je berusaha setelah sekian lama, aku tak rasa ini menjadi tanggungjawab aku untuk membenamkan batang hidung aku dalam buku sejarah hidup orang tu. Penyelesaian yang paling senang? Lantak orang tu la nak buat ape, boleh blah dengan hidup dia. Aku dah buat sebaik mungkin untuk membetulkan keadaan tu, member2 jugak tapi janganlah tahap bodoh tu sampai dah tak ade sempadan. Apa2 pun tanggungjawab aku sebagai umat dah selesai, kalau die sendiri tak boleh nak terima....aku rasa itu bukan urusan aku lagi,bukan?

Tuesday 22 March 2011

Ape pulak salah aku?

Pemandangan dari tingkat 6 hostel aku. Promising day.
Secangkir milo sebagai pembuka mata aku pada pagi ini. Hari ni aku ponteng kelas utk pertama kali dalam sem ni (kelas Economics & Public Health , aku rasa tak salah kalau aku ponteng kelas ni sekali sebab kelas pun 7 hari je). Cuaca kat luar boleh tahan sejuk, setelah 4 hari mendung dan salji, akhirnya sang matahari mulai menunjukkan sinarnya semula.

OK, SALAH. Aku rasa benda ni agak unconventional untuk dibincangkan, tapi kenapa? Semenjak dua menjak ni aku dibelenggu oleh                                      masalah... masalah dengan kawan. Minggu lepas masa kelas Psychology aku dibebani dengan depression. Masa hari terakhir kelas lepas dah dapat kredit, aku buat keputusan untuk lepaskan je semua ni. Talk has always been my thing to handle most of my stress. Dipendekkan cerita, aku berjaya tangani depression tu, tapi bukan masalah tu. Persoalannya, kalau kita berada dalam masalah yang melibatkan pihak lain, siapa yang PATUT DIPERSALAHKAN?


"Humans are not emotionless being; no matter how flat (in terms of emotions) the person is, they still can experience all sorts of feelings. This is the power of the Almighty."


Dalam setiap perbincangan, masing-masing punya pendapat. Memandangkan aku yang tulis blog ni, aku akan ceritakan pendapat aku. Manusia ni ada defence mechanism. Kalau kita terlibat dalam pertelagahan, otak kita akan bersedia untuk mempertahankan diri (aku rasa ini fungsi Id) dengan :
i. Menerima kekalahan (Acceptance)
ii. Menolak kekalahan (Denial)
Dalam kes ini, aku menolak kekalahan (tak kisah samada benda tu betul atau tak....bila perasaan menguasai minda....haih)
Acceptance vs. Denial : Where do I stand?

"So, what to do?" tindakan paling senang menolak kekalahan? Dalam kes ni, kita salahkan orang lain. TAPI, adakah betul apa yang kita buat itu? Sebab dalam kemaruk nak menang, kita lupa untuk menilai kerosakan itu dari kedua belah pihak. Apa jadi kalau apa yang kita buat tu salah? Kalau kita tahu benda tu salah, adakah kita akan cukup berani untuk berdepan dengan orang itu, dan mengaku yang kita salah? Reality hurts. We can live in a world of denial, but eventually the guilt will eat us alive.
Guilt : You're tied up like a
hostage in a never ending
  midnight train journey.

Apa-apa pun, aku nak akhiri post ni dengan satu benda : kalau dah gaduh tu pandai-pandai la nak settle semula. Yang "bersalah" dah tau bersalah, tapi kalau yang "dipersalahkan" asyik lari dari confrontation, akan adakah jalan penyelesaian yang lurus nanti? Jawapan berada di dalam tangan masing-masing.

Thursday 24 February 2011