Saturday 26 March 2011

Itu bukan urusan aku!

Mula2, tenang.....
BANGUN PAGI. Tengok2 ke luar tingkap, badai salju kencang meniup. Cuaca sekarang sangat2lah unpredictable. Aku rasa, inilah musim sejuk terakhir aku yang paling panjang selama berada di atas tanah orang Rus.
Selepas beberapa minit

 Kebiasaanya, aku akan biarkan fikiran aku melayang kejap....teringat satu rangkap lagu yang berbunyi

"...dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku..."

Kadang2 aku rasa cuaca sejuk dengan ribut salji yang berpanjangan ni pun seolah2 memerli aku. Tapi tu semua mainan fikiran je.

Selepas beberapa minit jugak....cepat betul
dia pergi
Pagi ni aku minum teh aje. Milo aku tinggal Fuze Mocha, aku rasa elok aku simpan sampai dekat2 nak balik Malaysia baru habiskan semua sekali gus.

Kenapa aku letak gambar ni? Fikir2 kan lah...
DALAM banyak2 situasi manusia hadapi, kita akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri kita ataupun situasi itu (selagi akal membenarkan). Tapi kalau usaha ini melibatkan 2 pihak dan satu pihak je berusaha setelah sekian lama, aku tak rasa ini menjadi tanggungjawab aku untuk membenamkan batang hidung aku dalam buku sejarah hidup orang tu. Penyelesaian yang paling senang? Lantak orang tu la nak buat ape, boleh blah dengan hidup dia. Aku dah buat sebaik mungkin untuk membetulkan keadaan tu, member2 jugak tapi janganlah tahap bodoh tu sampai dah tak ade sempadan. Apa2 pun tanggungjawab aku sebagai umat dah selesai, kalau die sendiri tak boleh nak terima....aku rasa itu bukan urusan aku lagi,bukan?

Tuesday 22 March 2011

Ape pulak salah aku?

Pemandangan dari tingkat 6 hostel aku. Promising day.
Secangkir milo sebagai pembuka mata aku pada pagi ini. Hari ni aku ponteng kelas utk pertama kali dalam sem ni (kelas Economics & Public Health , aku rasa tak salah kalau aku ponteng kelas ni sekali sebab kelas pun 7 hari je). Cuaca kat luar boleh tahan sejuk, setelah 4 hari mendung dan salji, akhirnya sang matahari mulai menunjukkan sinarnya semula.

OK, SALAH. Aku rasa benda ni agak unconventional untuk dibincangkan, tapi kenapa? Semenjak dua menjak ni aku dibelenggu oleh                                      masalah... masalah dengan kawan. Minggu lepas masa kelas Psychology aku dibebani dengan depression. Masa hari terakhir kelas lepas dah dapat kredit, aku buat keputusan untuk lepaskan je semua ni. Talk has always been my thing to handle most of my stress. Dipendekkan cerita, aku berjaya tangani depression tu, tapi bukan masalah tu. Persoalannya, kalau kita berada dalam masalah yang melibatkan pihak lain, siapa yang PATUT DIPERSALAHKAN?


"Humans are not emotionless being; no matter how flat (in terms of emotions) the person is, they still can experience all sorts of feelings. This is the power of the Almighty."


Dalam setiap perbincangan, masing-masing punya pendapat. Memandangkan aku yang tulis blog ni, aku akan ceritakan pendapat aku. Manusia ni ada defence mechanism. Kalau kita terlibat dalam pertelagahan, otak kita akan bersedia untuk mempertahankan diri (aku rasa ini fungsi Id) dengan :
i. Menerima kekalahan (Acceptance)
ii. Menolak kekalahan (Denial)
Dalam kes ini, aku menolak kekalahan (tak kisah samada benda tu betul atau tak....bila perasaan menguasai minda....haih)
Acceptance vs. Denial : Where do I stand?

"So, what to do?" tindakan paling senang menolak kekalahan? Dalam kes ni, kita salahkan orang lain. TAPI, adakah betul apa yang kita buat itu? Sebab dalam kemaruk nak menang, kita lupa untuk menilai kerosakan itu dari kedua belah pihak. Apa jadi kalau apa yang kita buat tu salah? Kalau kita tahu benda tu salah, adakah kita akan cukup berani untuk berdepan dengan orang itu, dan mengaku yang kita salah? Reality hurts. We can live in a world of denial, but eventually the guilt will eat us alive.
Guilt : You're tied up like a
hostage in a never ending
  midnight train journey.

Apa-apa pun, aku nak akhiri post ni dengan satu benda : kalau dah gaduh tu pandai-pandai la nak settle semula. Yang "bersalah" dah tau bersalah, tapi kalau yang "dipersalahkan" asyik lari dari confrontation, akan adakah jalan penyelesaian yang lurus nanti? Jawapan berada di dalam tangan masing-masing.