Saturday 26 March 2011

Itu bukan urusan aku!

Mula2, tenang.....
BANGUN PAGI. Tengok2 ke luar tingkap, badai salju kencang meniup. Cuaca sekarang sangat2lah unpredictable. Aku rasa, inilah musim sejuk terakhir aku yang paling panjang selama berada di atas tanah orang Rus.
Selepas beberapa minit

 Kebiasaanya, aku akan biarkan fikiran aku melayang kejap....teringat satu rangkap lagu yang berbunyi

"...dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku..."

Kadang2 aku rasa cuaca sejuk dengan ribut salji yang berpanjangan ni pun seolah2 memerli aku. Tapi tu semua mainan fikiran je.

Selepas beberapa minit jugak....cepat betul
dia pergi
Pagi ni aku minum teh aje. Milo aku tinggal Fuze Mocha, aku rasa elok aku simpan sampai dekat2 nak balik Malaysia baru habiskan semua sekali gus.

Kenapa aku letak gambar ni? Fikir2 kan lah...
DALAM banyak2 situasi manusia hadapi, kita akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri kita ataupun situasi itu (selagi akal membenarkan). Tapi kalau usaha ini melibatkan 2 pihak dan satu pihak je berusaha setelah sekian lama, aku tak rasa ini menjadi tanggungjawab aku untuk membenamkan batang hidung aku dalam buku sejarah hidup orang tu. Penyelesaian yang paling senang? Lantak orang tu la nak buat ape, boleh blah dengan hidup dia. Aku dah buat sebaik mungkin untuk membetulkan keadaan tu, member2 jugak tapi janganlah tahap bodoh tu sampai dah tak ade sempadan. Apa2 pun tanggungjawab aku sebagai umat dah selesai, kalau die sendiri tak boleh nak terima....aku rasa itu bukan urusan aku lagi,bukan?

1 comment: